Sunday, November 16, 2014

Sup Belut...



Kalau anda menggunakan jalan tanjung karang selangor, pasti nampak banyak warong2 ditepi jalan yang menjual mentarang... Disalah satu dari warong ini ada menjual mentarang bakardan juga belut hidup dafi bendang/sawah berdekatan..

Baru2 ni, dalam perjalanan balik ke kl dari kampung di teluk intan, abg z berkesempatan singgah di warung Aji Mentarang Bakar...bila nampak belut aje..hmmmm apa lagi order sup belutlah...


Perghhhh..memang mengancamlah...

Kata penjual itu..balut bagus untuk sakit kulit, lelah, dan nak awet muda......

Ketam Kelapa....

Sesuai dengan namanya..rasa ketam ni memang ada rasa macam isi kelapa..

abg Z berkesempatan merasa ketam ni masa ke kota kinabalu baru baru baru ni.....Ianya ada dijual dikawasan restoran makanan laut dikampung air...

Kata penjualtu, ketam ni ganas sikit..sebab itu ianya dikurung didalam sangkar stainless steel, dimana dawai sangkar yg tebal untuk elak ianya mengepit sangkar..

Makanan kegemaran ketam ini adalah isi kelapa, itu sebabnya rasa isinya yg kasar dan rasa seperti kelapa..



Yang penting lepas dimasak lada ..perghhh memang sedap...

Saturday, November 15, 2014

Ulam Rumpai Laut... Latop (Anggor Laut)


Sapa nak awek muda..oppp..awet muda...cari ulam ni kalau nak tambah kologen kat muka..he he


Ulam2 macam ni banyak dijual dikedai2 makan disabah/kota kinabalu... Tak Pasti apa nama sebenar, tetapi makcik yg jual tu kata laaatop, mungkin sedap bila digigit ianya akan meletup dalam mulut..sesetangah org panggil anggor laut..

Tapi nama tak penting..yg pasti bila masuk mulut, perrghhhhh sedapnya...

Nak makan ni mesti kena cara kampungan sikit la..chechah dengan sambal belacam....

Abg Z dah banyak kali merasa ulam ni...kalau makan kat area Segama KK ni, mesti order ulam latop ni..





Belangkas Masak Steam....




Nama pelik je....macam belangkas..salah satu peribahasa melayu merujuk kepada pasangan kekasih yang tak pernah beranggang...he he

Tapi pasangan ini berjaya direnggangkan oleh Abg Z dan dimasukkan kedalam periok steam...ha ha

Sudah lama juga ngidam nak makan ni... Member cakap kat kota tinggi johor ada...dok rancang nak pergi..sampai sekarang masih tak merasa belangkas masak sambal..


Kebetulan masa ke Sabah bulan lepas iaitu di Kg Air KK, kedai seafood tu ada jual belangkas..apa lagi terus je order...nak suruh masak sambal..tapi kapten restoren tu cadangkan masak steam..ikut ajelah sebab tak pernah makan pun..tak pasti masak apa yang sedap...

Lepas masak ni le ghupenya...


Makan kat bahagian kepala..rasa macam telor je...bila makan bahagian isi rasa lain sikit...makan makan isi udang yang tak masak....kata orang kalau salah makan boleh mabuk atau pening kepala..tapi saya rasa ok jeee..


Ketam Sabah

Baru baru ni Abg Z berkesempatan ke kota kinablau sabah. Kalau keKK, tak sah kalau tak makan di warong2 tepi laut berdekatan dengan bulatan todak/hyatt regency KK...Semasa menjamu mata dari satu warung ke satu warung, terpandang spesis yang telah lama diidamkan oleh Abg Z iaitu ketam/udang laut dalam ataupun lebih dikenali dengan nama ketam sabah....
Terus saja singgah disini...setelah dicadangkan oleh penjual tu...sekor ketam sabah telah diorder masak sambal kari...jenis masakan sebenar tak pasti le plak..tapi ada rasa karidan sambal yang kering..

Rasanya memang lebih sedap dari ketam bercampur rasa udang..isinya memang banyak dibahagian kepala...

Untuk sesiapa yang akan keKK, jangan lupa mencuba ketam ini...untuk makluman ketam ini adalah bermusim....kalau dah jumpa terus je order..jangan ditangguh......




Saturday, June 29, 2013

Mee Udang Banjir D'King Sungai Petani...

Dah banyak tempat abg z mencuba mee udang, ade yg kuah cair macam sup dan ada juga yang pekat seperti kuah mee rebus. Pada awal tahun ni abg z berkesempatan berkunjung ke utara dan tidak melepas peluang untuk mencuba mee udang kat sana. Paling terkenal adalah mee udang Sungai Dua, tetapi kali ini abg z mencuba mee udang banjir D'King Sungai Petani. Cubaan pertama gagal kerana rupa-rupanye kedainye tutup hari Isnin....

Cubaan kali kedua berjaya, siap ada promosi pulak hari ni...tapi abg z tak nak yang ni, nak order dan pilih sendiri udang, ketam dan sotong masak ikut selera...
Order pertama yang sampai adalah sotong  bakar, perghhh sedapnye sotong yang dibakar sambal beserta air asam yang mabeless....sekejabnye je dah habis masuk dalam perut...he he
Habis sotong, ketam pulak yang sampai...aduh..tengok aje dah mengelejeh ayor lior..tak toleh kiri kanan dah, ni pun kejab aje udah tinggal kulit..nasib baik keras, kalau tidak sapan jugak...ha hi hu
Akhirnye yang ditunggu telah tiba, mee udang, ambil bau dulu, perghhhhhh kesedapan menyusuk kalbu, tu baru bau, belum rasa lagi...he he

Memang sedap meenye, meenye sedikit halus berbanding dengan mee yang biasa kita makan, tidak cepat kembang, kuahnye perghhh memang special dengan rasa yang tersendiri, tidak pekat dan juga tidak berapa cair..., masuk aje kemulut huyoooo, tak tahu nak kate ape, Udangnya memang segar, ia guna udang laut, manehnye...

Kesimpulan

Rating untuk kedai ini adalah :-

1. Kesedapan - mee udang tersedap yang abz z pernah makan (5 bintang)
2. Kecantikan kedai - ok le untuk kedai tepi jalan (3 bintang)
3. Layanan - ok baik (3 bintang)
4. Harga - berpatutan (3 bintang)

Abg z memang rekomen kedai ni dan makanan yang mesti cuba adalah mee udang dan sotong bakar. Sapa yang menghala ke utara dan melalui SungI Petani, kalau tak mencuba makan dikedai ni memang rugi besar...

Lokasi

Melalui lebuh raya plus, keluar di exit Sungai Petani Selatan, selepas tol, trafik light kedua/simpang 4 Giant, masuk kiri lepas tu buat u-turn sebab kedainya disebelah kanan, betul2 dekat simpang 4 tu..









Thursday, June 27, 2013

Sup Salim Sentul ( Cawangan Jalan Doraisamy )

Tak tahu nak makan apa malam ni....malam jumaat, cuaca pun dah sejuk, ape lagi Sup Kamben dulu..., peberat saya kalau kesini pasti makan Sup Gearbox kamben campur Lidah Lembu, perghhh terangkat beb.., memang sedap sop kat sini, tak berape pekat seperti sup mamak kat tempat lain..ni peberet pot untuk geng2 Apecam, Kajpdr dan Mbap lepak...

Malam ni, tak campor lidah, gearbox dengan nasi sepinggan serta roti sebuku, terbuntang dan tersandof kat kerusi..perghhh..mengembek kepanasan le malam ni...he he