Saturday, November 15, 2014

Belangkas Masak Steam....




Nama pelik je....macam belangkas..salah satu peribahasa melayu merujuk kepada pasangan kekasih yang tak pernah beranggang...he he

Tapi pasangan ini berjaya direnggangkan oleh Abg Z dan dimasukkan kedalam periok steam...ha ha

Sudah lama juga ngidam nak makan ni... Member cakap kat kota tinggi johor ada...dok rancang nak pergi..sampai sekarang masih tak merasa belangkas masak sambal..


Kebetulan masa ke Sabah bulan lepas iaitu di Kg Air KK, kedai seafood tu ada jual belangkas..apa lagi terus je order...nak suruh masak sambal..tapi kapten restoren tu cadangkan masak steam..ikut ajelah sebab tak pernah makan pun..tak pasti masak apa yang sedap...

Lepas masak ni le ghupenya...


Makan kat bahagian kepala..rasa macam telor je...bila makan bahagian isi rasa lain sikit...makan makan isi udang yang tak masak....kata orang kalau salah makan boleh mabuk atau pening kepala..tapi saya rasa ok jeee..


No comments:

Post a Comment