Baru baru ni Abg Z berkesempatan ke kota kinablau sabah. Kalau keKK, tak sah kalau tak makan di warong2 tepi laut berdekatan dengan bulatan todak/hyatt regency KK...Semasa menjamu mata dari satu warung ke satu warung, terpandang spesis yang telah lama diidamkan oleh Abg Z iaitu ketam/udang laut dalam ataupun lebih dikenali dengan nama ketam sabah....
Terus saja singgah disini...setelah dicadangkan oleh penjual tu...sekor ketam sabah telah diorder masak sambal kari...jenis masakan sebenar tak pasti le plak..tapi ada rasa karidan sambal yang kering..
Rasanya memang lebih sedap dari ketam bercampur rasa udang..isinya memang banyak dibahagian kepala...
Untuk sesiapa yang akan keKK, jangan lupa mencuba ketam ini...untuk makluman ketam ini adalah bermusim....kalau dah jumpa terus je order..jangan ditangguh......
No comments:
Post a Comment