Sunday, November 16, 2014

Sup Belut...



Kalau anda menggunakan jalan tanjung karang selangor, pasti nampak banyak warong2 ditepi jalan yang menjual mentarang... Disalah satu dari warong ini ada menjual mentarang bakardan juga belut hidup dafi bendang/sawah berdekatan..

Baru2 ni, dalam perjalanan balik ke kl dari kampung di teluk intan, abg z berkesempatan singgah di warung Aji Mentarang Bakar...bila nampak belut aje..hmmmm apa lagi order sup belutlah...


Perghhhh..memang mengancamlah...

Kata penjual itu..balut bagus untuk sakit kulit, lelah, dan nak awet muda......

Ketam Kelapa....

Sesuai dengan namanya..rasa ketam ni memang ada rasa macam isi kelapa..

abg Z berkesempatan merasa ketam ni masa ke kota kinabalu baru baru baru ni.....Ianya ada dijual dikawasan restoran makanan laut dikampung air...

Kata penjualtu, ketam ni ganas sikit..sebab itu ianya dikurung didalam sangkar stainless steel, dimana dawai sangkar yg tebal untuk elak ianya mengepit sangkar..

Makanan kegemaran ketam ini adalah isi kelapa, itu sebabnya rasa isinya yg kasar dan rasa seperti kelapa..



Yang penting lepas dimasak lada ..perghhh memang sedap...

Saturday, November 15, 2014

Ulam Rumpai Laut... Latop (Anggor Laut)


Sapa nak awek muda..oppp..awet muda...cari ulam ni kalau nak tambah kologen kat muka..he he


Ulam2 macam ni banyak dijual dikedai2 makan disabah/kota kinabalu... Tak Pasti apa nama sebenar, tetapi makcik yg jual tu kata laaatop, mungkin sedap bila digigit ianya akan meletup dalam mulut..sesetangah org panggil anggor laut..

Tapi nama tak penting..yg pasti bila masuk mulut, perrghhhhh sedapnya...

Nak makan ni mesti kena cara kampungan sikit la..chechah dengan sambal belacam....

Abg Z dah banyak kali merasa ulam ni...kalau makan kat area Segama KK ni, mesti order ulam latop ni..





Belangkas Masak Steam....




Nama pelik je....macam belangkas..salah satu peribahasa melayu merujuk kepada pasangan kekasih yang tak pernah beranggang...he he

Tapi pasangan ini berjaya direnggangkan oleh Abg Z dan dimasukkan kedalam periok steam...ha ha

Sudah lama juga ngidam nak makan ni... Member cakap kat kota tinggi johor ada...dok rancang nak pergi..sampai sekarang masih tak merasa belangkas masak sambal..


Kebetulan masa ke Sabah bulan lepas iaitu di Kg Air KK, kedai seafood tu ada jual belangkas..apa lagi terus je order...nak suruh masak sambal..tapi kapten restoren tu cadangkan masak steam..ikut ajelah sebab tak pernah makan pun..tak pasti masak apa yang sedap...

Lepas masak ni le ghupenya...


Makan kat bahagian kepala..rasa macam telor je...bila makan bahagian isi rasa lain sikit...makan makan isi udang yang tak masak....kata orang kalau salah makan boleh mabuk atau pening kepala..tapi saya rasa ok jeee..


Ketam Sabah

Baru baru ni Abg Z berkesempatan ke kota kinablau sabah. Kalau keKK, tak sah kalau tak makan di warong2 tepi laut berdekatan dengan bulatan todak/hyatt regency KK...Semasa menjamu mata dari satu warung ke satu warung, terpandang spesis yang telah lama diidamkan oleh Abg Z iaitu ketam/udang laut dalam ataupun lebih dikenali dengan nama ketam sabah....
Terus saja singgah disini...setelah dicadangkan oleh penjual tu...sekor ketam sabah telah diorder masak sambal kari...jenis masakan sebenar tak pasti le plak..tapi ada rasa karidan sambal yang kering..

Rasanya memang lebih sedap dari ketam bercampur rasa udang..isinya memang banyak dibahagian kepala...

Untuk sesiapa yang akan keKK, jangan lupa mencuba ketam ini...untuk makluman ketam ini adalah bermusim....kalau dah jumpa terus je order..jangan ditangguh......